Selasa, April 07, 2009

MAJLIS PERASMIAN SERTA PELANCARAN KRT AMANJAYA ZON MAWAR FASA 3

Salam Perpaduan...
Setelah bertungkus lumus membentuk dan mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga di kawasan perumahan Amanjaya Zon Mawar, akhirnya impian untuk menubuhkan KRT terlaksana dengan jayanya.
Penubuhan KRT Amanjaya Zon Mawar 3 yang dipenuh beberapa kontroversi kecil ini telah selamat dirasmikan oleh YB Dato' Mohd. Johari Bin Baharom, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Dengan perasmian KRT Amanjaya Zon Mawar 3, pada 4hb April 2009 di Padang Permainan Zon Mawar yang lepas, telah membuktikan bahawa perpaduan penduduk berbilang kaum di Zon Mawar masih terpelihara dengan baik, tanpa mengira Agama, Bangsa dan Idealogi Politik.
Syabas kepada Sda. Nasharudin Bin Omar ( Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 ), Ahli Jawatan Kuasa - Ahli Jawatan Kuasa, Sokongan Gerak Kerja bukan AJK serta penduduk - penduduk Zon Mawar yang cintakan perpaduan.
Ungkapan terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Hanita dari JPNIN Kuala Muda Yan yang turut bertungkus lumus memberikan sokongan dan galakan, sehingga tertubuhnya KRT ini.
Pelancaran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 nampak lebih meriah dengan kehadiran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 1 yang telah membuat Pogram Sukanika bersama penduduk Zon Mawar.
Dengan kerjasama yang sedemikian itu, KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 dan Fasa 1 juga membuktikan bahawa kerjasama sesama penduduk dan komuniti telah terjalin dengan baik melalui KRT masing-masing. Bertepatan dengan tujuan KRT dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Ahad, April 05, 2009

LENSA KAMERA UNIT MEDIA KRT ZON MAWAR FASA 3


" Ni apasal plak ni, letih dah pulas tapi suara tak dengar pun.....heheheh". Suis tak buka bang oiii.

AJK Pertandingan Sukaneka sedang sibuk menerima penyertaan dalam sukaneka masing-masing disamping sibuknya Unit Media KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3, bagi memastikan segala program berjalan lancar.



Sebahagian tetamu yang sedang mengambil tempat di tapak perasmian KRT Amanjaya Zon Mawar 3.


" Eh...Bro..tang ni okey kut..." : begitu agaknya AJK Pertandingan Sukaneka bagi menetapkan gelanggang sukaneka untuk memeriahkan Perasmian KRT.


Sebahagian acara sukaneka yang dipertandingkan, begitu meriah...


Pertandingan ini lagi meriah..., peserta yang terbabitpun juga merah meriah...


Ketibaan YAB Dato' Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 beserta AJK-AJK dan tetamu kehormat yang lainnya.


Tabik Hormat lagu kebangsaan sebaik YB Dato' mengambil tempat di khemah yang disediakan.


Sda. Nasharudin Omar, Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3, sedang memberikan ucapan aluan beliau sempena Perasmian dan Pelancaran KRT ke hadapan YB Dato' dan pegawai JPNIN.


Ucapan sambutan dan Pelancaran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3, oleh YB Dato' Johari Bin Baharom.


Diantara tetamu yang sedang tekun mendengar ucapan pelancaran.


Bacaan Doa yang disampaikan oleh Ust. Tn Haji Zainol selaku penggerak masyarakat Zon Mawar.


PENYAMPAIAN SIJIL AJK KAWASAN RUKUN TETANGGA YANG DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO' JOHARI BIN BAHAROM.


Ini dia salah seorang "Orang Kuat" sehingga tertubuhnya KRT Amanjaya Zon Mawar 3, perbincangan bagi menubuhkan KRT ini juga cukup bersejarah. Dimulakan oleh beberapa orang-orang kuat Zon Mawar Fasa 3, dibawah pokok....hehehe dibawah pokok.

















ACARA PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG SUKANEKA KRTZM3.














Ahad, Mac 01, 2009

SUASANA MESYUARAT PENETAPAN DAN PERLANTIKAN AJK-AJK KRT AMANJAYA ZON MAWAR 3, PADA 28 FEB 2009, 0900 MALAM

Mesyuarat Penetapan serta Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa - Ahli Jawatan Kuasa, Kawasan Rukun Tetangga, Amanjaya Zon Mawar 3, di pusat pertemuan sementara penduduk Zon Mawar yang dihadiri Ahli Jawatan Kuasa - Ahli Jawatan Kuasa Penaja serta Anggota Pentadbir-Anggota Pentadbir Penaja Yang lainnya.
Mesyuarat ini di Pengerusikan oleh Saudara Nasharudin Bin Omar selaku Pengerusi Penaja KRT Amanjaya Zon Mawar 3, Puan Hanita Binti Ahmad, Pen. Pegawai Perpaduan Negara, Daerah Kuala Muda / Yan.
Perbincangan diantara peneraju utama kewujudan Kawasan Rukun Tetangga, Amanjaya Zon Mawar 3 bersama Pen Pegawai Perpaduan Negara, Daerah Kuala Muda / Yan.
Dari kiri : Sda Saifuddin Bin Abu Bakar yang merupakan orang penting diatas usaha beliau sebagai penggerak kewujudan KRT Zon Mawar 3, Pn. Hanita Binti Ahmad, Pen. Pegawai Perpaduan Negara dan Sda Nasharudin Bin Omar selaku Pengerusi KRT Zon Mawar 3.
AJK-AJK Penaja, KRT Amanjaya Zon Mawar 3 serta penduduk yang hadir pada Mesyuarat Penetapan serta Perlantikan Pentadbir dan AJK-AJK baru.
Kaum Wanita dan Rekanita yang turut hadir untuk menjayakan mesyuarat.
Pengerusi serta Setiausha KRT Amanjaya Zon Mawar 3, yang baru dilantik bagi penggal 2009 dan 2010.


Jamuan bihun serta makanan ringan yang disediakan oleh Pn Azah serta penduduk-penduduk sekitarnya.



Diantara AJK-AJK dan penduduk yang hadir.


Ucapan tahniah kepada suadara Pengerusi KRT yang baru daripada AJK-AJK serta ahli gerak kerja.

Rabu, Februari 25, 2009

PENGENALAN SKIM RUKUN TETANGGA

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Logo Rukun Tetangga


Pengertian Logo
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.
Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.