Ahad, Februari 07, 2010

Pertandingan " TEN PIN BOWLING MUHIBBAH"

Penganjur : KAWASAN RUKUN TETANGGA AMANJAYA ZON MAWAR 3
Tarikh : Hari Sabtu, 6hb Februari 2010, bersamaan 21hb Safar 1431 Hijrah.
Tempat : PARK AVENUE SUPERBOWL, Taman Sejati, Sungai Petani.

Ucapan ringkas dari Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar 3 ( Encik Saifuddin ) :-

" Harapan kami, dengan mengadakan "PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING MUHIBBAH ini, dapatlah kiranya kita memupuk jalinan kemesraan muhibbah di antara penduduk berbilang kaum dan agama serta berbagai aliran idealogi politik untuk duduk bersama memupuk perpaduan, selaras dengan tujuan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPN-IN) serta mendukung misi Satu Malaysia yang telah di ilhamkan oleh Perdana Mentri kita.

Dan untuk masa hadapan, kita akan terus mewujudkan aktiviti-aktiviti ke masyarakatan yang perlu di jayakan dan di dukung oleh semua penduduk di KRT Amanjaya Zon Mawar 3 khasnya serta Zon Mawar keseluruhannya."


Gambar barisan pemenang berkumpulan " PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING MUHIBBAH, yang dianjurkan oleh KRT Amanjaya Zon Mawar 3, di Park Avenue Superbowl, Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah.

Diantara peserta yang turut menjayakan pertandingan ini adalah Pn. Hanita (dua dari kiri) dan Encik Mohd. Fakhzan (enam dari kanan) dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPN-IN) Daerah Kuala Muda beserta dua orang Pegawai yang lain.

Para AJK KRT Amanjaya Zon Mawar 3 yang di Pengerusikan oleh Encik Saifuddin (lima dari kanan) juga mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.



Diantara AJK-AJK KRT Amanjaya Zon Mawar 3, yang telah menjayakan Pertandingan Ten Pin Bowling Muhibbah di Park Avenue Superbowl, Taman Sejati, Sungai Petani.

Sekalung tahniah kepada Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar, Encik Saifuddin (sebelah kiri barisan duduk) yang banyak berusaha untuk mengadakan program muhibbah seperti ini.

Tn Haji Zainol merupakan penggerak masyarakat adalah salah seorang pemenang dalam pertandingan Ten Pin Bowling Muhibbah ini.


Bagaimanapun, juara keseluruhan Pertandingan Ten Pin Bowing Muhibbah, anjuran KRT Amanjaya Zon Mawar 3 telah di ungguli oleh kumpulan JPN-IN.

Hadiah disampai kan Encik Saifuddin ( Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar 3 ) kepada pemenang yang diwakili oleh En. Mohd Fakhzan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Muda, Kedah.

Tiada ulasan: