Selasa, April 07, 2009

MAJLIS PERASMIAN SERTA PELANCARAN KRT AMANJAYA ZON MAWAR FASA 3

Salam Perpaduan...
Setelah bertungkus lumus membentuk dan mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga di kawasan perumahan Amanjaya Zon Mawar, akhirnya impian untuk menubuhkan KRT terlaksana dengan jayanya.
Penubuhan KRT Amanjaya Zon Mawar 3 yang dipenuh beberapa kontroversi kecil ini telah selamat dirasmikan oleh YB Dato' Mohd. Johari Bin Baharom, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Dengan perasmian KRT Amanjaya Zon Mawar 3, pada 4hb April 2009 di Padang Permainan Zon Mawar yang lepas, telah membuktikan bahawa perpaduan penduduk berbilang kaum di Zon Mawar masih terpelihara dengan baik, tanpa mengira Agama, Bangsa dan Idealogi Politik.
Syabas kepada Sda. Nasharudin Bin Omar ( Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 ), Ahli Jawatan Kuasa - Ahli Jawatan Kuasa, Sokongan Gerak Kerja bukan AJK serta penduduk - penduduk Zon Mawar yang cintakan perpaduan.
Ungkapan terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Hanita dari JPNIN Kuala Muda Yan yang turut bertungkus lumus memberikan sokongan dan galakan, sehingga tertubuhnya KRT ini.
Pelancaran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 nampak lebih meriah dengan kehadiran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 1 yang telah membuat Pogram Sukanika bersama penduduk Zon Mawar.
Dengan kerjasama yang sedemikian itu, KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 dan Fasa 1 juga membuktikan bahawa kerjasama sesama penduduk dan komuniti telah terjalin dengan baik melalui KRT masing-masing. Bertepatan dengan tujuan KRT dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Tiada ulasan: