Selasa, April 07, 2009

MAJLIS PERASMIAN SERTA PELANCARAN KRT AMANJAYA ZON MAWAR FASA 3

Salam Perpaduan...
Setelah bertungkus lumus membentuk dan mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga di kawasan perumahan Amanjaya Zon Mawar, akhirnya impian untuk menubuhkan KRT terlaksana dengan jayanya.
Penubuhan KRT Amanjaya Zon Mawar 3 yang dipenuh beberapa kontroversi kecil ini telah selamat dirasmikan oleh YB Dato' Mohd. Johari Bin Baharom, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Dengan perasmian KRT Amanjaya Zon Mawar 3, pada 4hb April 2009 di Padang Permainan Zon Mawar yang lepas, telah membuktikan bahawa perpaduan penduduk berbilang kaum di Zon Mawar masih terpelihara dengan baik, tanpa mengira Agama, Bangsa dan Idealogi Politik.
Syabas kepada Sda. Nasharudin Bin Omar ( Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 ), Ahli Jawatan Kuasa - Ahli Jawatan Kuasa, Sokongan Gerak Kerja bukan AJK serta penduduk - penduduk Zon Mawar yang cintakan perpaduan.
Ungkapan terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Hanita dari JPNIN Kuala Muda Yan yang turut bertungkus lumus memberikan sokongan dan galakan, sehingga tertubuhnya KRT ini.
Pelancaran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 nampak lebih meriah dengan kehadiran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 1 yang telah membuat Pogram Sukanika bersama penduduk Zon Mawar.
Dengan kerjasama yang sedemikian itu, KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 dan Fasa 1 juga membuktikan bahawa kerjasama sesama penduduk dan komuniti telah terjalin dengan baik melalui KRT masing-masing. Bertepatan dengan tujuan KRT dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Ahad, April 05, 2009

LENSA KAMERA UNIT MEDIA KRT ZON MAWAR FASA 3


" Ni apasal plak ni, letih dah pulas tapi suara tak dengar pun.....heheheh". Suis tak buka bang oiii.

AJK Pertandingan Sukaneka sedang sibuk menerima penyertaan dalam sukaneka masing-masing disamping sibuknya Unit Media KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3, bagi memastikan segala program berjalan lancar.



Sebahagian tetamu yang sedang mengambil tempat di tapak perasmian KRT Amanjaya Zon Mawar 3.


" Eh...Bro..tang ni okey kut..." : begitu agaknya AJK Pertandingan Sukaneka bagi menetapkan gelanggang sukaneka untuk memeriahkan Perasmian KRT.


Sebahagian acara sukaneka yang dipertandingkan, begitu meriah...


Pertandingan ini lagi meriah..., peserta yang terbabitpun juga merah meriah...


Ketibaan YAB Dato' Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3 beserta AJK-AJK dan tetamu kehormat yang lainnya.


Tabik Hormat lagu kebangsaan sebaik YB Dato' mengambil tempat di khemah yang disediakan.


Sda. Nasharudin Omar, Pengerusi KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3, sedang memberikan ucapan aluan beliau sempena Perasmian dan Pelancaran KRT ke hadapan YB Dato' dan pegawai JPNIN.


Ucapan sambutan dan Pelancaran KRT Amanjaya Zon Mawar Fasa 3, oleh YB Dato' Johari Bin Baharom.


Diantara tetamu yang sedang tekun mendengar ucapan pelancaran.


Bacaan Doa yang disampaikan oleh Ust. Tn Haji Zainol selaku penggerak masyarakat Zon Mawar.


PENYAMPAIAN SIJIL AJK KAWASAN RUKUN TETANGGA YANG DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO' JOHARI BIN BAHAROM.


Ini dia salah seorang "Orang Kuat" sehingga tertubuhnya KRT Amanjaya Zon Mawar 3, perbincangan bagi menubuhkan KRT ini juga cukup bersejarah. Dimulakan oleh beberapa orang-orang kuat Zon Mawar Fasa 3, dibawah pokok....hehehe dibawah pokok.

















ACARA PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG SUKANEKA KRTZM3.